My Memory











{Maret 8, 2011}   About MOH.IQBAL IRWANSYAH

Saat orang lain masih mencari-cari puncak putus cinta antara Irwansyah dan Acha Septriasa, penyanyi popular lagu Pencinta Wanita ini tetap menyepi dan hanya meluahkan perasaannya dalam gubahan lagu.

Irwansyah berkata dia lebih suka menggubah lagu saat dirinya cuba melupakan Acha dan tempoh itu memakan masa kira-kira delapan bulan.

“Dalam tempoh saya putus cinta dengan Acha, saya tidak lalu makan dan susah hendak menumpukan kepada kerja di luar tetapi tidak sampai sehingga hendak membunuh diri.

“Saya hanya mengambil masa dalam delapan bulan untuk cuba melupakan kenangan dengan Acha tetapi dalam masa yang sama saya telah menghasilkan beberapa buah lagu.

“Antaranya adalah lagu Pengganti Cinta yang dijangka akan dimuatkan dalam album terbaru saya nanti,” kata Irwansyah ketika ditemui di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Walaupun nampak penat selepas berhempas-pulas dalam sebuah show di Indonesia pada dua hari lalu, Irwansyah tetap tampak ceria ketika ditemubual dalam satu sidang media yang diatur oleh pihak Warner Music Malaysia.

Dia bakal menjayakan majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha bersama 20 selebriti lelaki popular di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur pada 22 April ini, pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Selain Irwansyah, artis lain yang turut menjayakan majlis tersebut adalah penyanyi Faizal Tahir, Imran Ajmain, Rio Febrian, Delon (Indonesian Idol), hos AC Mizal, Afdlin Shauki, Ally Iskandar, pelakon Samuel Rizal (Indonesia), Didi Riyadi (Indonesia), Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal, Aaron Aziz, Ashraf Muslim, Iqram Dinzly, Arifin Putra (Indonesia), Aqasha, Kamal Adli dan Fizow Omar.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyanyi wanita iaitu Jaclyn Victor dan Azharina sebagai penampilan istimewa.

Dalam keceriaan yang dipamerkan oleh Irwansyah, dia bagaikan acuh tidak acuh sahaja ketika menjawab pertanyaan tentang Acha.

Bagaimanapun, hero filem ‘Heart’ ini akui sangat sayang dengan Acha tetapi disebabkan faktor tertentu hubungan cintanya tidak kesampaian.

Sebelum ini, dia pernah memberitahu yang faktor cinta jarak jauh tidak akan menjadi masalah kepada hubungan cinta mereka tetapi kali ini dia terpaksa akur dengan sebab itu.

“Saya akui, kejauhan adalah faktor kami putus cinta. Tetapi ada sebab lain juga yang kadangkala saya sendiri tidak tahu puncaknya. Mungkin sebab Acha sudah bertemu dengan lelaki lain,” katanya lagi.

Kesan daripada pengajaran cinta lalu, Irwansyah nekad untuk mencari pasangan dari kalangan wanita biasa dan menetap di Indonesia sahaja.

 

 

Terlibat dengan Politik

Selain menyanyi, penyanyi muda berusia 24 tahun ini juga berpeluang menyertai bidang politik untuk memperjuangkan anak muda yang boleh berkarya.

“Saya bukanlah ahli politik yang profesional tetapi menyertainya apabila berpeluang sambil meluaskan pergaulan.

“Saya menjadi wakil rakyat di daerah Solo di mana saya telah mendapat 50,000 undian dalam masa dua hari dengan mengeluarkan kira-kira 50 juta Rupiah semasa pilihanraya itu.

“Waktu itu, saya cuba bergaul dengan semua orang dan tidak kisah untuk bergambar dengan peminat kerana tanpa mereka siapalah saya ini,” ulasnya.

 

 

Membuat Konsep Album beraliran Band

Demi menampilkan kelainan dalam album terbarunya, ‘Soliter’, penyanyi kelahiran Jakarta, Indonesia ini memilih konsep album berlatarkan muzik band.

Album ini merupakan album solo pertama Irwansyah yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Album ini terhasil setelah Irwansyah tampil dengan album runut bunyi antara filem lakonannya, ‘Heart’ iaitu ‘Pencinta Wanita’ dan ‘My Heart’.

Soliter menggabungkan himpunan 10 buah lagu pop organik seperti Kutunggu Jandamu ciptaan Melly Goeslow, Jangan Menungguku (Sandy Canister & Pay & Egus Suhu), Wajahmu (Opick), Camelia (Dodhy Kangen Band), Lagu Sedih (Melly Goeslow), Tinggalkan Aku (Dewiq), CLBK (Cinta Lama Bersemi Kembali (Melly Goeslow), Lagu Untukmu (Irwansyah) dan Tak Cinta Lagi (Alam Urbach).

Meneliti setiap tajuk lagu dalam album tersebut, Irwansyah akui setiap lagu tersebut seolah-olah memberikan petanda kepada perpisahannya dengan Acha.

“Saya rasa lagu-lagu ada kaitan dengan kisah cinta kami tetapi lagu-lagu ini sudah dihasilkan sebelum kami berpisah.

“Saya memang menghasilkan Lagu Untukmu sebagai pesanan untuk Acha ketika belajar di Malaysia.

“Dia berasa terharu apabila mendapat tahu lagu itu saya hasilkan untuknya,” luah Irwansyah yang mendapat idea untuk menggubah lagu ‘Lagu Untukmu’ di bilik tidurnya.

Selepas ini, Irwansyah juga dalam perancangan untuk menubuhkan band sendiri yang digelar sebagai Irwansyah and The Band kerana minatnya kepada muzik band.

Irwansyah juga memaklumkan bahwa dia mempunyai seorang adik lelaki, Hafiz, 21, yang turut mempunyai band sendiri iaitu Lexa.

“Adik saya merupakan gitaris kumpulan Lexa. Kadangkala dia akan mengiringi show saya.

“Bagaimanapun, saya tidak mungkin akan mengambil dia untuk menyertai band saya kerana dia ingin bergerak dengan bandnya sendiri. Jika ada yang tahu, adik saya turut serta dalam klip video lagu Kutunggu Jandamu,” ujar Irwansyah mengakhiri perbualannya.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

et cetera
%d blogger menyukai ini: